Mousse Coklat Susu

Mousse Coklat Susu

Bahan-bahan

  • 200g coklat, berkualiti tinggi

  • 100ml Krimer Sejat MARIGOLD

  • 300ml krim pekat

  • Buah strawberi, dipotong kecil

  • Coklat, dipotong kecil untuk hiasan

  • Serbuk koko untuk ditabur

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Cairkan coklat dalam mangkuk dengan Krimer Sejat MARIGOLD diatas periuk air mereneh. Kacau sehingga sebati dan biarkan menyejuk. (Campuran akan menjadi pekat setelah sejuk)

  2. Pukul krim sehingga ia membentuk puncak lembut. Perlahan-lahan campurkan krim ke dalam coklat cair yang telah sejuk. Tuang ke dalam gelas yang disediakan dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.

  3. Sebelum menghidang, hiasi bahagian atas dengan lebihan krim putar, strawberi, coklat dan taburkan dengan serbuk koko.


Tip Chef:

Bila memukul krim, pastikan ia sesejuk yang mungkin (tetapi tidak beku), untuk mendapat hasil yang terbaik.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 4
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)