Kwai Far Koh Bersusu

Bahan-bahan
10g serbuk jeli konnyaku
230g gula kastor
(digabungkan)
150ml Krimer Sejat MARIGOLD
800ml air
1½ sudu besar bunga osmanthus
4 sudu besar buah Goji, rendam dalam air sehingga ia kembang
Acuan jeli pilihan anda
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan serbuk konnyaku jelly dengan gula. Masak Krimer Sejat MARIGOLD dan air sehingga mendidih perlahan. Masukkan adunan konnyaku dan kacau berterusan sehingga ia mula mendidih sekali lagi.
Masukkan bunga osmanthus dan masak selama 2 minit. Padamkan api.
Letakkan beberapa buah Goji beberapa ke dalam setiap acuan dan tuangkan beberapa sudu besar campuran konnyaku di atasnya ( ini akan mengekalkan kedudukan Goji).
Apabila ia mengeras, perlahan-lahan tuangkan baki campuran dan biarkan sejuk.
Bunga osmanthus boleh didapati di kedai ubat Cina atau kedai bahan-bahankek. Bunga yang baki boleh digunakan untuk membuat teh wangi panas.
