Kuih Bengkar Berlapis

Kuih Bengkar Berlapis

Bahan-bahan

Bahan-bahan lapisan gula melaka:

  • 60g tepung beras

  • 30g tepung kacang hijau biasa (tepung Hoen Kwe)

  • 100ml Krimer Sejat MARIGOLD

  • 100ml air

  • ½ sudu teh garam


Bahan-bahan sirap gula melaka:

  • 200g gula melaka

  • 100ml air

  • 2 daun pandan, diikat


Bahan-bahan lapisan merah jambu:

  • 60g tepung beras

  • 30g tepung kacang hijau berwarna merah (tepung Hoen Kwe warna merah)

  • ½ sudu teh garam halus

  • 100ml Krimer Sejat MARIGOLD

  • 100ml santan kelapa

  • 200ml air

  • 100g gula halus

  • Griskan dulang berukuran 10x4 inci

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Masak gula Melaka dan daun pandan dengan air sehingga gula larut.

  2. Tapis sirap gula Melaka dan ketepikan 200ml sirap gula melaka. Simpan baki untuk kegunaan lain.

  3. Campurkan bahan-bahan lapisan gula Melaka dengan sirap gula Melaka.

  4. Tapis dan biarkan campuran untuk sekurang-kurangnya setengah jam.

  5. Ulangkan langkah sama untuk lapisan merah jambu dan tambahkan gula selepas menapis adunan.

  6. Masakkan adunan lapisan gula Melaka dengan api kecil, kacau sehingga sedikit pekat tetapi masih boleh dituang secara sedikit demi sedikit.

  7. Tuang adunan ke dalam dulang yang disediakan.

  8. Ratakan bahagian atas dan tutupkan dengan kertas aluminium. Stim di atas air mendidih selama 15 minit.

  9. Sementara itu, masak lapisan merah jambu sehingga menjadi sedikit pekat tetapi masih boleh dituang sedikit demi sedikit.

  10. Tuangkan adunan ke atas lapisan gula Melaka, tutup dan stim selama 25 minit.

  11. Biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong.


Tip Chef:

Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih supaya tidak melekit pada pisau.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 45 minit
Hidangan: 8
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)