Kek Tiramisu Mille Crepe

Bahan-bahan
3 biji telur, bersaiz besar
50g gula kastor
390g Krimer Sejat MARIGOLD
100g air
3 sudu kecil esen vanila
5 sudu besar mentega cair
100g tepung gandum
150g tepung halus
½ sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk inti tiramisu:
200g gula aising, diayak
480g keju mascarpone
35g serbuk koko, diayak
50ml liker kopi atau 1 sudu kecil pes kopi
(gabungkan bahan-bahan dan sejukkan sebelum digunakan)
Buah-buahan segar pilihan anda untuk hias dan gula aising untuk ditabur
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Pukul telur perlahan-lahan, masukkan gula, Krimer Sejat MARIGOLD dan air. Kacau hingga gula larut. Ketepikan.
Untuk membuat adunan krep, ayakkan kedua-dua jenis tepung dengan garam ke dalam mangkuk adunan. Buat lekuk di tengah-tengah dan masukkan campuran telur, esen vanila dan mentega cair. Kacau sehingga sebati dan ayakkan adunan ke dalam mangkuk.
Tutup mangkuk dengan pembalut plastik dan biarkan sejuk selama sekurang-kurangnya satu jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
Dengan api kecil, panaskan kuali tidak melekat 12mm dan salut dengan semburan minyak. Perlahan-lahan kacau adunan krep kemudian tuangkan lapisan nipis ke dalam kuali. Memegang pada pemegang kuali, sendeng dan pusingkan kuali untuk menyuraikan adunan dan meliputi dasarnya.
Masak sehingga bawah krep mejadi kuning keemasan. Membalikkan krep untuk memasak sebelah lagi selama beberapa saat dan letakkan di atas pinggan. Ulang dengan seluruh adunan.
Untuk menyusun lapisan krep. Sapukan inti tiramisu dengan nipis dan rata ke atas setiap lapisan krep dan ulangi proses sehingga anda mempunyai 18 lapisan.
Biarkan krep lapis di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan. Hiaskan dengan buah-buahan segar dan taburkan gula aising pada bahagian atas sebelum dihidangkan.
Tambahkan lebih Krimer Sejat MARIGOLD jika adunan terlalu pekat untuk dipusar di dasar kuali. Untuk kelihatan lebih kemas, potong krep dengan pemotong bulat dan membuang bahagian tepi. Pastikan krep benar-benar sejuk sebelum lapiskan dengan inti.
