Kek Red Velvet

Kek Red Velvet

Bahan-bahan

  • 250g tepung naik sendiri

  • 20g serbuk koko (berkualiti tinggi)

    (diayak bersama)

  • ¼ cawan susu Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

  • 1 sudu besar cuka putih

    (dicampurkan)

  • 250g mentega

  • 250g gula kastor

  • 4 biji telur

  • 2 sudu teh pewarna merah / kokineal


Bahan-bahan untuk aising:

  • 250g keju krim, suhu bilik

  • 30g mentega, suhu bilik

  • 150g gula aising, diayak

  • 2 sudu teh esen vanilla

    (dicampurkan)

  • 2 cawan krim putar, dipukul sehingga kembang (simpan dalam peti sejuk)

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu ke 160ºC. Griskan dua acuan pembakar bersaiz 8 inci.

  2. Kisarkan mentega dan gula untuk 10 minit atau sehingga ringan dan gebu. Masukkan campuran Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD dan cuka diikuti dengan pewarna merah dan gaulkan sehingga sebati.

  3. Pukul telur sehingga kembang di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan tepung and serbuk koko yang telah diayak secara berselang-seli dengan telur yang telah dipukul dalam 3 kumpulan.

  4. Bahagikan adunan ke dalam dua acuan pembakar yang telah disediakan dan bakar selama 45 minit atau sehingga pencucuk yang dimasukkan ke dalam kek keluar dengan bersih.

  5. Biarkan kek sejuk di atas rak dawai. Kemudian, potong kek secara melintang sehingga menjadi separuh. Ketepikan serbuk kek untuk digunakan sebagai hiasan.

  6. Bahagikan adunan aising di antara ketiga-tiga lapisan. Litupi keseluruhan kek dengan krim putar dan taburkan serbuk kek pada tepi kek. Sejukkan kek selama 1 jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Tip Chef:

Bagi mendapatkan tekstur keju krim yang lebih halus, ianya mesti berada pada suhu bilik.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 45 minit
Hidangan: 8
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)