Kek Lobak Merah Berlapis dengan Walnut

Kek Lobak Merah Berlapis dengan Walnut

Bahan-bahan

  • 250g tepung naik sendiri

  • 1 sudu teh soda penaik

  • ¾ sudu besar serbuk kulit kayu manis

  • 1 sudu besar serbuk buah pala

  • 120g walnut, dicincang

  • 220g lobak merah, disagat kasar

  • 200ml minyak sayur

  • 55ml Krimer Sejat MARIGOLD

  • 170g gula kastor

  • 3 biji telur saiz besar


Bahan-bahan untuk fros keju:

  • 450g krim keju, suhu bilik

  • 125g mentega

  • 250g gula ising, diayak

  • 4 sudu besar Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD

  • 2 sudu besar esen vanila

  • 1 sudu besar jus lemon

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Campurkan bahan-bahan fros keju dan pukul sehingga naik gebu (jangan terlalu kembang). Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk.

  2. Panaskan ketuhar kepada suhu 160°C. Minyakkan dua acuan pembakar 20cm.

  3. Ayak tepung dengan soda penaik ke dalam mangkuk bancuhan. Masukkan serbuk kulit kayu manis, buah pala, 100g walnut dan lobak merah. Ketepikan.

  4. Adun bersama, minyak sayur, Krimer Sejat MARIGOLD, gula kastor dan telur selama 2 minit. Masukkan campuran tepung dan gaul sehingga sebati.

  5. Bahagikan adunan kepada dua acuan pembakar dan bakar selama 30 minit atau sehingga pencucuk yang dimasukkan ke dalam kek keluar dengan bersih. Biarkan sejuk.

  6. Potong kek secara melintang sehingga menjadi dua lapis. Sapukan fros keju atas setiap lapisan dengan nipis dan lebih tebal pada bahagian atas. Kemudian taburkan walnut yang berlebihan di atasnya. Sejukkan kek sebelum dihidangkan.


Tip Chef:

Kek lobak merah boleh dibakar beberapa hari lebih awal tetapi pastikan ia dibalut dengan plastik pembalut berpaut.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 8
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)