Kek Krim Masam Lemon dengan Biji Kas-kas

Kek Krim Masam Lemon dengan Biji Kas-kas

Bahan-bahan

  • 250g tepung naik sendiri

  • 1 sudu teh serbuk penaik
    (tapiskan tepung dan serbuk penaik bersama)

  • 200g mentega

  • ¼ cawan Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD

  • 160g gula kastor

  • 1 sudu teh kulit lemon

  • 3 biji telur

  • Sedikit gula aising untuk dihidang bersama


Bahan-bahan untuk dicampurkan bersama:

  • 30g biji kas-kas biru

  • ¼ cawan Krimer Sejat MARIGOLD

  • 4 sudu besar jus lemon

  • ¼ cawan krim masam

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu ke 160ºC. Griskan loyang.

  2. Krimkan mentega, Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD, gula dan kulit lemon bersama sehingga ringan. Pukul telur ke dalamnya satu demi satu sehingga sebati.

  3. Tambahkan tepung dalam 3 kelompok, diselang-selikan dengan campuran biji kas-kas.

  4. Gunakan sudu untuk meletakkannya ke atas loyang dan bakar selama 25 minit bagi kek kecil dan 45 minit bagi kek besar.

  5. Biarkan kek sejuk di atas rak dawai.


Tip Chef:

Jika campuran mula berketul ketika sedang memukul telur ke dalam mentega, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung yang telah ditapis ke dalam campuran.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 25 minit
Hidangan: 8
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)