Kek Krim Lembut

Kek Krim Lembut

Bahan-bahan

  • 240g tepung kek

  • 1 sudu besar serbuk penaik

  • ½ sudu teh garam halus

    (Tapiskan bahan-bahan di atas)

  • 6 biji kuning telur

  • ½ cawan Krimer Sejat MARIGOLD

  • ¼ cawan air

  • ½ cawan minyak jagung

    (campurkan)

  • 8 biji putih telur

  • ½ sudu teh krim tartar

  • 120g gula kastor

  • 1 cawan krim putar

  • 30g gula aising, ditapis

  • 4 sudu teh esen vanila

  • 24 bekas cawan kek

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada 160°C.

  2. Masukkan adunan tepung yang telah ditapis ke dalam mangkuk adunan bersama adunan kuning telur dan pukul selama 3 minit.

  3. Gunakan mangkuk adunan lain, pukul putih telur dan krim tartar bersama untuk 1 minit dan kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memukul sehingga putih telur jadi kembang.

  4. Masukkan adunan putih telur yang telah dipukul ke dalam adunan tepung dengan menggunakan sudu kayu. Sediakan bekas cawan kek di atas dulang dan tuangkan adunan kek sehingga separuh penuh. Sediakan bekas cawan kek di atas dulang dan tuangkan adunan kek sehingga separuh penuh.

  5. Bakar selama 20 minit dan biarkan sehingga sejuk.

  6. Pukul krim putar dengan gula aising dan esen vanila hingga kembang. Isikan beg piping dengan nozel No 21.

  7. Halakan nozel ke bahagian tengah kek, picitkan krim dan buatkan roset di atas kek.


Tip Chef:

Untuk memukul putih telur dengan berkesan, gunakan telur yang telah disimpan dalam suhu bilik.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 10
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)