Kek Kurma Melekit dengan Aiskrim

Bahan-bahan
200 gm buah kurma yang dibuang bijinya
250 ml air mendidih
100 ml Susu Sejat Penuh Krim Marigold
½ sudu teh soda bikarbonat
80 gm mentega, dipotong dadu
100 gm gula merah lembut
2 biji telur yang dipukul sedikit
140g tepung naik sendiri
Bahan Sos Karamel:
210 gm gula kastor
80 gm mentega bergaram
120 gm Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD
Aiskrim untuk dihidangkan bersama-sama kek
Panaskan ketuhar ke suhu 180°C.
Lengserkan mentega ke acuan yang bersaiz 23cm x 8cm x 8cm.
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Masukkan buah kurma dan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD ke dalam periuk yang berisi air panas. Didihkan dan matikan api. Tambahkan soda bikarbonat dan biarkan selama 5 minit.
Masukkan bahan tadi ke dalam pengadun bersama-sama dengan mentega dan gula merah. Putar sehingga sebati. Masukkan telur dan tepung. Gaul sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang sudah disediakan dan bakar selama 55 minit. Biarkan kek berada di dalam acuan selama 10 minit sebelum meletakkannya ke atas redai kuih untuk menyejukkannya.
Sementara itu, masukkan gula ke dalam kuali leper (yang berat) dan masak sehingga berwarna keemasan. Jangan kacau, cuma sendeng-sendengkan kuali sehinggalah gula cair. Masukkan mentega dan kacau menggunakan senduk kayu sehingga semuanya cair. Masukkan Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD. Masak karamel selama 1 minit dan matikan api. Biarkan sejuk.
Potong kek dan hidangkan dengan aiskrim dan tuangkan sos karamel di atasnya.
Hidangan ini sedap jika dihidangkan suam.
