Kek Gulung Mudah

Kek Gulung Mudah

Bahan-bahan

  • 3 biji telur

  • 75g gula kastor

  • 2 sudu besar serbuk koko, diayak

  • 70g tepung gandum, diayak


Bahan-bahan untuk krim keju:

  • 125g krim keju

  • 40g gula ising

  • 2 Sudu besar Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD

  • 1 Sudu besar serbuk koko, diayak

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu kepada suhu 180ºC. Minyakkan acuan pembakar Swiss Roll berukuran 23 X 30.

  2. Pukul telur dan gula kastor sehingga berkrim dan pekat. Masukkan tepung dan koko sedikit demi sedikit. Gaul perlahan-lahan menggunakan sudu. Bakar selama 8 hingga 10 minit. Biarkan sejuk selama 10 minit.

  3. Hampar kertas gris di atas meja, dan telingkupkan kek ke atasnya. Trim bahagian tepi yang rangup.

  4. Letakkan sekeping kertas gris ke atas kek dan gulung. Biarkan sehingga ia betul-betul sejuk.

  5. Campurkan bahan-bahan krim keju kecuali serbuk koko. Pukul sehingga naik gebu. Buka gulungan kek dan ratakan lapisan nipis krim keju dan gulung semula dengan padat.

  6. Ayak serbuk koko ke atas baki krim keju. Gunakannya untuk menyaluti kek gulung dan lukis corak batang pokok dengan menggunakan garpu dan hiasinya mengikut kesukaan anda.


Tip Chef:

Campuran kek sponge yang sedia dijual juga boleh digunakan. Ikuti arahan pada pek.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 6
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)