Kek Cawan Chiffon Hokkaido

Kek Cawan Chiffon Hokkaido

Bahan-bahan

  • 3 putih telur

  • Secubit garam


Bahan-bahan untuk inti kastard:

  • 1 sudu besar tepung kek

  • 1 sudu besar tepung jagung

  • 30g gula kastor

  • 200ml Krimer Sejat MARIGOLD

  • 2 kuning telur

  • 20g mentega, sejuk

  • 100ml krim putar

  • 1 sudu besar esen vanilla


Bahan-bahan untuk adunan chiffon:

  • 3 kuning telur

  • 30g gula kastor

  • 40ml minyak bunga matahari

  • 40ml Krimer Sejat MARIGOLD

  • 60g tepung kek

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 160°C dan lapik acuan muffin 9 lubang dengan kertas kek cawan.

  2. Untuk membuat inti kastard: Campurkan tepung kek, tepung jagung, Krimer Sejat MARIGOLD, kuning telur dan pukul sehingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam kuali tidak melekat dan masak dengan api perlahan, kacau sehingga ia mula memekat. Kemudian masukkan mentega dan tutup api. Terus kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk. Pukul krim putar dengan esen vanila sehingga sebati. Campurkan perlahan-lahan ke dalam kastard tadi dan sejukkan di dalam peti sejuk.

  3. Untuk membuat kek chiffon: Pukul kuning telur dengan gula sehingga ia bertukar putih berkrim. Masukkan minyak dan Krimer Sejat MARIGOLD dan pukul. Ayakkan tepung ke dalamnya dan gaul rata.

  4. Pukul putih telur dan garam sehingga ia berbuih. Tambahkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga ramuan tersebut menjadi kembang.

  5. Campurkan dengan perlahan ¼ jumlah campuran putih telur ke dalam adunan kek chiffon sehingga sebati kemudian tambahkan bakinya.

  6. Masukkan adunan kek ke dalam kertas kek cawan yang disediakan sehingga penuh dan bakar selama 25 minit.

  7. Keluarkan kek daripada ketuhar dan letak di atas rak dawai untuk disejukkan. Buat lubang di tengah setiap kek dan isi dengan krim kastard menggunakan beg aising.


Tip Chef:

Kejayaan resipi ini bergantung kepada kesegaran telur yang digunakan.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Hidangan: 9
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)