Kaya Kurma dan Ros

Bahan-bahan
1 cawan kurma, dibuang biji
1 cawan Krimer Sejat MARIGOLD
1 cawan gula Melaka
2 sudu besar minyak kelapa dara
1 sudu teh sirap ros
3 biji telur
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Masukkan kurma tanpa biji, Krimer Sejat MARIGOLD, gula Melaka, minyak kelapa dara dan sirap ros ke dalam periuk dan masak sehingga kurma lembut.
Kisar campuran di dalam mesin pengisar sehingga pes halus terbentuk.
Ketepikan dan biarkan pes seketika. Kemudian campurkan dengan telur sehingga adunan sebati.
Kukus adunan di dalam periuk bertingkat selama 30 minit sehingga ia menjadi pekat dan kembang serata.
Sejukkan sebelum dihidang.
Menggaul campuran kaya secara berterusan di dalam periuk bertingkat boleh membantu mendapat kepanasan yang serata dan menghasilkan kaya yang lebih halus.
Tempoh simpanan: 10-14 hari jika disimpan dalam keadaan bersih dan sejuk.
