Gula-gula Kelapa dengan Coklat

Gula-gula Kelapa dengan Coklat

Bahan-bahan

  • 2 biji kelapa parut (600 gm) (putih sahaja)

  • 500g gula pasir

  • 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

  • ½ tin Krimer Manis MARIGOLD

  • 30g mentega bergaram

  • 4 sudu teh esen vanila

  • Beberapa titik pewarna merah

  • 200g coklat gelap, dicincang kasar

  • 4 sudu teh Krimer Sejat MARIGOLD

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

  1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali leper yang besar dan masak menggunakan api besar selama 10 minit pertama. Kacau sentiasa.

  2. Perlahankan api apabila bancuhan menjadi pekat dan teruskan memasak dengan api kecil selama ½ jam lagi atau sehingga bancuhan tidak lagi berada di bahagian tepi kuali.

  3. Lengserkan mentega ke dulang yang leper dan ratakan adunan pada permukaannya. Tekan sedikit dan biarkan sejuk sebelum memotongnya.

  4. Masukkan coklat gelap dan Krimer Sejat MARIGOLD ke dalam periuk berlapis. Kacau hingga rata.

  5. Celupkan gula-gula kelapa yang dipotong ke dalam coklat cair itu dan letakkan ke atas kertas lilin.


Tip Chef:

Anda juga boleh menggunakan coklat susu untuk menggantikan coklat gelap.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 1 jam
Hidangan: 8
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)