Biskut Kurma Berkacang

Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk asas:
75g tepung, ditapiskan
75g tepung penaik, ditapiskan
40g kelapa parut
80g gula
100g mentega cair
Bahan-bahan untuk topping:
400g Krimer Manis MARIGOLD
70g cip coklat
150g kekacang
70g kurma, direndam dalam air suhu bilik
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Panaskan ketuhar sehingga 180°C.
Griskan dan alaskan talam 8”x 8”dengan kertas minyak.
Campurkan semua bahan asas (tepung, tepung penaik, kelapa parut, gula dan mentega cair atau minyak masak).
Tuangkan campuran ke dalam talam dan mampatkan adunan dengan kuat.
Bakar adunan di dalam ketuhar selama 10 minit dan keluarkan.
Taburkan cip coklat, kekacang serta kurma, kemudian tuangkan Krimer Manis MARIGOLD secara rata di bahagian atasnya.
Letakkan topping di atas pada asas biskut.
Bakar selama 25 min sehingga keemasan.
Biarkan Biskut Kurma Berkacang menyejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais semalaman.
100g mentega cair boleh digantikan dengan 100g minyak masak.
