Biskut Krim Keju Almond

Bahan-bahan
3 ½ cawan (900g) mentega tanpa garam
2 cawan (500g) gula kastor
2 sudu kecil (10g) garam
2 ½ cawan (625g) krim keju
1 tin Krimer Manis MARIGOLD
7 cawan (900g) tepung naik sendiri
4 sudu besar (60g) hirisan almond (badam)
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Biarkan mentega pada suhu bilik selama 10 minit.
Satukan mentega, gula dan garam ke dalam mangkuk adunan. Gunakan pengadun, pukul sehingga lembut dan gebu.
Masukkan krim keju dan gaul sehingga sebati. Masukkan Krimer Manis MARIGOLD dan gaul lagi.
Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan adun dengan sebati.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.
Paipkan doh ke dalam acuan pilihan anda.
Letakkan hirisan badam keatas biskut.
Bakar selama 10 minit atau sehingga keemasan.
Biarkan biskut seketika sebelum disusun ke dalam bekas kedap udara.
Untuk mendapatkan tekstur biskut yang lembut dan kenyal, tambahkan 1/2 tin Krimer Manis MARIGOLD lagi ke dalam adunan.
