Agar-Agar Kastard Permata

Agar-Agar Kastard Permata

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk Kastard Jagung:

  • 1 cawan (250ml) air

  • 2 titik (0.4ml) sirap ros

  • 1 sudu besar (15ml) sirap jagung

  • 1 sudu kecil (5g) serbuk agar-agar

  • 1 tin Krimer Manis MARIGOLD

  • 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

  • 2 sudu besar (30g) krim jagung

  • Secubit (0.5g) garam


Bahan-bahan untuk Agar-agar Ros:

  • 4 cawan (1 liter) air

  • 1 sudu kecil (5ml) sirap ros

  • 1/2 sudu kecil (2.5ml) ekstrak vanilla

  • 3/4 cawan (200g) gula

  • 2 sudu kecil (10g) serbuk agar-agar

Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD

Beli sekarang

Cara Penyediaan

Kastard Jagung


  1. Tuang air dalam periuk. Masukkan sirap ros, sirap jagung dan serbuk agar-agar. Gaul rata.

  2. Kemudian masukkan Krimer Manis MARIGOLD, Krimer Sejat MARIGOLD, krim jagung dan garam. Gaul sebati sehingga mendidih.

  3. Tuang campuran ke dalam acuan dan sejukkan selama 20 minit atau sehingga keras.


Agar-agar Ros


  1. Tuang air dalam periuk. Masukkan sirap ros, ekstrak vanilla, gula dan serbuk agar-agar. Gaul rata sehingga mendidih.


Cara membentuk


  1. Dalam acuan yang lebih besar, tuangkan campuran Agar-agar Ros sehingga ¼ acuan diisi. Ketepikan selama 3 minit.

  2. Setelah itu, letak ketulan Kastard Jagung dan penuhkan acuan dengan Agar-agar Ros. Sejukkan selama 30-45 minit. Keluarkan agar-agar daripada acuan dan hidang sejuk.


Tip Chef:

Guna saiz acuan yang sederhana atau besar untuk memudahkan agar-agar keluar dari acuan.

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 30 minit
Hidangan: 50 biji
Krimer Manis MARIGOLD (1kg / 500g)