Milkshake Jagung Gula Melaka

Bahan-bahan
1 tin Krimer Sejat MARIGOLD
½ tin jagung manis
6 senduk aiskrim vanila
150ml air sejuk
2-3 sudu besar sirap gula Melaka bagi setiap hidangan
Klik sini untuk beli produk Susu Pekat dan Susu Sejat MARIGOLD
Beli sekarangCara Penyediaan
Campurkan Krimer Sejat MARIGOLD dengan bahan-bahan lain kecuali gula Melaka di dalam pengisar. Kisar sehingga halus dan sebati.
Bahagikan campuran mengikut jumlah gelas dan tambahkan 2 atau 3 sudu besar gula Melaka ke dalam setiap gelas.
Tip Chef:
Isi jagung yang direbus segar juga boleh digunakan untuk resipi ini.
10 minit
Hidangan: 4-5
