Menjadi seorang pakar dalam merancang parti di saat-saat akhir

Raikan hujung minggu yang panjang dengan menjemput kawan-kawan anda ke majlis yang spontan. Hidupkan suasana dan nikmati detik-detik keriangan bersama-sama!

 

Jemput kawan-kawan anda

Mulakan dengan menjemput rakan-rakan rapat, kemudian minta mereka memanjangkan jemputan kepada rakan-rakan yang lain. Yang pasti, kawan-kawan anda tentu tidak sabar menanti untuk berparti di rumah anda.   

 

Pilihlah menu yang mudah & tidak merumitkan

Pilih menu yang anda boleh sediakan lebih awal, boleh dipanaskan dengan mudah dan disimpan panas dalam ketuhar. Elakkan hidangan yang mengambil masa lama untuk disediakan supaya anda tidak terperap di dapur. Masakan yang mudah tapi sedap adalah terbaik!

 

Hidangkan dessert kesukaan ramai

Semua orang suka dessert atau pencuci mulut. Itulah sebab ia wajib dihidangkan di mana-mana majlis. Peraturan yang sama terpakai, pilih resipi yang boleh dibuat lebih awal tetapi pastikan ia lazat memikat! Berikut adalah beberapa idea dessert yang lazat.

 

Masak dengan bijak

Pilih satu masakan yang boleh dinikmati oleh semua orang. Cuba elak daripada masakan yang memerlukan anda mengacau atau memantaunya secara berterusan.

mainImageAlt

Jaga kebersihan

Dapur anda hendaklah bersih. Simpan perkakas yang tidak digunakan seperti pembakar roti dan mesin pemproses makanan. Pastikan sinki anda betul-betul bersih. Selepas menjamu selera, jangan biarkan perkakas bersepah di dapur.  Cuci pinggan mangkuk dengan cepat dan bersihkan gelas dan biarkan ia kering di atas dulang.

 

Pastikan rumah anda kemas

Pastikan setiap ruang rumah disapu bersih. Rumah akan nampak lebih kemas jika kurang berselerak. Jangan lupa untuk memastikan tandas anda bersih, kering dan berbau bersih. Elok sekiranya anda meletakkan lilin aromatik yang bukan sahaja membuatkan tandas berbau harum tetapi juga menjadi hiasan yang menarik.

 

Segalanya seperti dirancang, kini sentuhan terakhir

Sentuhan kecil boleh memberi impak yang besar. Luruskan permaidani, tepuk kusyen agar gebu, gubahan bunga dari taman anda sendiri, letakkan lilin wangi di sekitar ruang rumah. Kini tinggal untuk anda memasang muzik kegemaran anda dan akhir sekali berehat sambil menanti ketibaan tetamu anda.

Menjadi seorang pakar dalam merancang parti di saat-saat akhir Menjadi seorang pakar dalam merancang parti di saat-saat akhir