Kitar semula tin dengan cara yang menyeronokkan

Keluarga anda boleh menggunakan semula tin dengan menjadikannya bekas tanaman di halaman, bahan pertukangan tangan, mainan dan macam-macam lagi. Tunjukkan kreativiti anda dengan mencipta pelbagai cara mengkitar semula tin dengan cara yang menyeronokkan.

Gantung tanaman herba anda

Herba seperti daun bawang, pudina dan oregano nampak cantik apabila ditanam dalam tin dan digantung pada ambang tingkap dapur. Cat tin, letakkan label, tebuk lubang di bahagian tapaknya bagi membolehkan aliran air keluar. Isikan tanah dan batu-batu kecil. Tanam herba dalam tin berasingan dan dalam masa beberapa minggu, anda sudah boleh menggunakannya di dalam masakan anda!

Tanglung tin cantik

Dapatkan pelbagai jenis tin dan tanggalkankan label.  Isikan dengan air dan bekukannya semalaman. Lukis corak pada tin kemudian baringkannya, lapik kain tebal dan dengan menggunakan tukul dan paku, tebuk lubang menggunakan corak pilihan, bermula dari bahagian atas. Pastikan tin kering sebelum mewarnakannya dengan warna kegemaran anda. Jangan lupa untuk menggunakan pencungkil gigi untuk mencucuk lubang sebaik sahaja ia diisi dengan cat. Apabila tin kering, letakkan lampu yang dioperasi oleh bateri di dalamnya dan nikmati keindahan cahayanya.

Robot magnetik

Alamilah keseronokan dengan mencipta watak-watak robot anda sendiri. Anda memerlukan beberapa tin minuman yang dikitar semula, pelbagai perkakas pertukangan, penutup plastik, pembersih paip, magnet yang kuat, dan senapang gam panas. Anda juga boleh menggunakan pengikis periuk jenis keluli, dawai dan klip kertas untuk kesan khas. Cipta robot baru dan tambah koleksi anda!

mainImageAlt

Telefon tin yang kreatif

Reka telefon buatan sendiri dan anda pasti kagum! Anda cuma perlu 2 tin kosong, seutas tali sekurang-kurangnya 15 kaki panjang (seperti tali digunakan untuk mengikat bungkusan), pita, tukul besi dan paku. Bersih dan keringkan dua tin kosong, pastikan tepi yang dipotong adalah licin dan lekat pita pada rim tepi dengan pita agar selamat digunakan. Gunakan paku untuk menebuk lubang pada bahagian tengah tapak setiap tin. Kemudian baringkan tin agar tapaknya menghadap satu sama lain. Masukkan tali melalui lubang di dasar tin yang pertama dan lulus sehingga tapak tin yang satu lagi. Ikat simpul pada kedua-dua hujung tali. Tarik setiap tin ke penghujung tali. Kini kedua-dua tin telah bersambung! Berjalan dari satu sama lain sehingga tali di antara kedua-dua tin tegang. Sekarang bercakaplah pada ruang tin yang terbuka dan rakan anda boleh mendengar suara anda pada penghujungnya.  Telefon ini bukan sahaja mudah dibuat tetapi hasilnya juga menakjubkan!

Bekas makanan burung

Menarik pelbagai jenis burung yang berwarna-warni ke dalam taman anda dengan bekas makanan burung yang mudah digantung dari pokok atau cabangnya. Apa yang anda perlu lakukan adalah bersihkan tin, tanggalkan label, sembur cat di bahagian luar dan keringkan semalaman. Tebuk dua lubang dan ikat tali tebal atau reben supaya ia boleh diikat dan digantung. Gunakan senapang gam dan lekat kayu di bahagian luar tin untuk membolehkan burung bertenggek.  Setelah bekas makanan burung anda siap, isi dengan bijiin makanan burung dan lihatkah burung datang untuk makan dengan riangnya!

Kitar semula tin dengan cara yang menyeronokkan Kitar semula tin dengan cara yang menyeronokkan