Menghabiskan masa berkualiti bersama-sama keluarga tercinta sambil menerokai tempat-tempat baru dan menikmati pelbagai peristiwa di daerah anda. Jadi tandakan kalendar anda, alamilah detik-detik indah dan bersedia untuk suasana yang menyeronokkan!
Berkelah di taman
Taman baru mempunyai kemudahan, landskap dan meja berkelah yang lebih baik. Cari tempat teduh, jadikannya tapak untuk berkelah dan sertai anak-anak anda bermain buaian. Atau pergilah berjalan-jalan sambil menikmati keindahan sekeliling sebelum anda berkelah menikmati sarapan yang lewat bersama mereka. Anda juga boleh menjadikan permainan buih sabun bersama anak-anak sebagai aktiviti selepas menjamu selera. Inilah masa untuk bermain, berehat sambil menikmati suasana riang-ria sambil melihat buih-buih melayang ditiup angin dan hanyut di udara.
Sesi memasak keluarga
Penyertaan ahli keluarga dalam keseluruhan proses penyediaan dan membakar kek atau biskut boleh menjadi saat yang menyeronokkan. Malah, tidak kira bagaimana hasilnya, ganjaran sebenar adalah perkongsian hasil kerja bersama-sama sambil bergelak ketawa semasa dan selepas ia selesai.
Bersukaria di pasar lambak amal
Tiba lebih awal sebelum suasana menjadi sesak dan lihat senarai gerai unik yang menjual barangan pada harga yang rendah. Tetapkan sedikit bajet dan bersukaria sambil anda tawar-menawar untuk mendapat tawaran harga terbaik bagi barangan vintage, antik dan barangan terpakai yang unik.
Mendaki bukit sambil menikmati panorama yang indah
Beriadah bersama keluarga dengan berjalan santai ke arah bukit. Inilah tempat yang tepat untuk anak-anak anda merakam gambar tumbuh-tumbuhan dan bunga liar yang cantik. Pastikan anda sekeluarga memakai kasut yang sesuai dan membawa bekalan air yang mencukupi. Sebaik sahaja tiba dipuncak, hirup udara segar nyaman dan nikmatilah keindahan panorama sekeliling. Jangan lupa berselfie!