10 cara mudah untuk mengalakkan anak anda membaca dan menulis

Pada umumnya, kanak-kanak akan berminat membaca jika mendapat galakan sejak kecil, dibenarkan untuk memilih buku-buku yang mereka suka dan membaca dan menulis melalui pelbagai cara yang menyeronokkan yang tiada berkaitan dengan buku.

Baca sarikata rancangan kartun atau filem di TV yang sesuai

Kebanyakan kanak-kanak suka menonton televisyen. Berikan persetujuan untuk memberi lebih masa menonton TV jika anak-anak membenarkan anda 'membisukan suara' supaya mereka membaca sari kata pada skrin sambil menonton TV. Duduk dan membaca bersama-sama peranan watak yang berbeza dalam suara lucu untuk lebih menyeronokkan activiti.

Mencipta buku komik

Galakan anak-anak anda mereka cerita kegemaran mereka sendiri dengan watak naga, wira atau puteri dalam bentuk buku komik. Bantu mereka mencipta buku komik kosong dengan ruang untuk melukis dan buih ucapan kosong untuk diisi. Anak-anak boleh berbangga dengan Jilid buku komik yang telah siap dan dengan bangga mereka boleh menunjukkan kepada orang lain.

Masak bersama-sama

Ajak anak-anak membantu anda membakar kek atau menyediakan makanan khas untuk keluarga. Tulis semula arahan resipi dalam bentuk mudah supaya mereka boleh membacanya kepada anda. Mereka juga boleh menulis senarai runcit dan kad menu.

Membuat kad ucapan

Minta anak-anak anda membuat dan reka bentuk kad jemputan untuk majlis perayaan, hari lahir dan parti. Galakkan mereka untuk menulis mesej peribadi, puisi atau jenaka kepada setiap jemputan.

mainImageAlt

Penggunaan teknologi

Memandangkan ramai kanak-kanak hari ini celik teknologi, mereka akan lebih cenderung untuk membaca buku pada peranti seperti iPad atau Kindle. Mendengar buku audio menggalakkan mereka untuk suka bercerita dan mula membaca secara  sendiri.

Main permainan papan

Permainan seperti Scrabble membantu membina perkataan, manakala permainan dengan petunjuk dan arahan melibatkan banyak membaca. Kanak-kanak belajar ketika bermain dan mengasah kemahiran membaca sambil bersukaria.

Bermain memburu harta

Senaraikan perkara-perkara yang anak dan rakan-rakan anak anda perlu cari di dalam rumah atau di sekitar laman rumah. Berikan petunjuk bertulis yang membawa kepada ‘khazanah’ dan biarkan mereka belajar untuk membuat petunjuk mereka sendiri pada masa akan datang.

Lawati perpustakaan atau kedai buku dengan kerap

Adakah anak-anak anda suka melakukan eksperimen sains dan membuat model gunung berapi mereka sendiri atau belajar tentang cara untuk menjaga anak kucing? Biarkan mereka memilih mana-mana buku mengenai topik tersebut dan bacalah mengenainya.

Tulis nota lekat

Pastikan ruang yang pada peti sejuk bagi membolehkan mereke menulis mesej kepada keluarga dan peringatan aktiviti sekolah. Biarkan mereka berseronok mengisi kalendar dinding dengan tarikh hari lahir dan acara-acara lain.

Cipta sudut membaca yang menceriakan

Menetapkan mood yang betul untuk membaca dan menulis dengan perabot yang selesa, kantung kacang, hambal, pencahayaan yang baik dan poster di dinding. Kanak-kanak suka berada dalam suasana yang menyeronokkan, santai dan akan duduk berjam-jam dengan buku-buku kegemaran mereka.

10 cara mudah untuk mengalakkan anak anda membaca dan menulis 10 cara mudah untuk mengalakkan anak anda membaca dan menulis